Panduan Diet Sihat

Perlu diketahui oleh setiap orang bahawa tidak ada satu makanan pun yang akan membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Untuk mengamalkan diet sihat kita disarankan memakan pelbagai jenis makanan sebagai kombinasi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. waktu makan seharusnya teratur dan jangan sesekali meninggalkan waktu makan kerana ini akan mengganggu bekalan nutrien yang kita perlukan.

Seperti yang disarankan oleh www.infosihat.gov.my/diet sihat, kita perlu mengubah cara pemakanan dengan mengamalkan 5M bukan hanya dimusim perayaan. Diet sihat dalam 5M tersebut ialah :

Mengurangkan gula
Mengurangkan garam
Mengurangkan minyak
Melebihkan buah-buahan
Melebihkan sayur-sayuran

Dengan pengambilan makanan yang seimbang dan melakukan aktiviti fizikal, ia dapat membantu kita mencapai berat badan unggul. Pilihlah makanan yang mengandungi bijirin atau kekacang kerana selain sumber tenaga atau karbohidrat utama ia juga sumber serat yang baik.

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber terbaik vitamin. Ia adalah sumber terbaik antioksida yang dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Tips diet sihat juga merangkumi pemilihan makanan rendah lemak dan kolestrol. Merebus atau kukus adalah lebih baik daripada menggoreng semasa memasak.

Meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari juga adalah point utama diet sihat. Ini dapat mengelakkan sembelit dan kekurangan air dalam badan. Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup sangat disarankan.

Piramid makanan diet sihat :

Popular Posts