Pengaruh Makanan Dan Punca Senak Perut

Makanan-makanan tertentu, jika tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan senak perut. Kadangkala seseorang akan bertindak balas kurang baik kepada sesetengah jenis makanan seperti kacang, kubis, bawang, timun dan makanan laut .

Makanan bergoreng dan pedas boleh menghasilkan gas yang akan menyebabkan ketidakselesaan perut, dan ia akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada terutamanya ketika senak perut.

Apakah pengaruh penting yang lain?

Merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan senak perut.

Sembelit juga boleh mengganggu aliran biasa makanan yang ditelan pada saluran usus dan menyebabkan penghasilan gas punca senak perut. Maka, pengambilan buah-buahan dan sayuran sangat disarankan.

Meminum air yang terlalu banyak semasa makan, insomnia, kurang bersenam, pengaruh keadaan psikologi seperti iri hati, takut dan marah adalah antara punca lain senak perut.

Meminum minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan senak perut terjadi terutamanya apabila perut kosong.

Popular Posts