Panduan Untuk kesihatan Yang Lebih Baik

Pemakanan
Makanan memberi pengaruh yang utama dalam kesihatan berbanding perkara lain. bukan sahaja jenis makanan malah waktu makan kita. Amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan yang lebih baik.

Udara
Seseorang mungkin bertahan tanpa air dan makanan dalam beberapa hari. Namun, amat mustahil untuk bertahan tanpa udara atau oksigen. Cuba bernafas dengan postur yang baik seperti seperti dada menegak dan menarik nafas dalam-dalam di tempat yang lapang tanpa gangguan dan pencemaran udara.

Air
Air adalah pelarut universal. 60% badan manusia terdiri daripada air. Banyak proses dalam badan manusia memerlukan air sebagai pelengkap kitaran sistem. Minum sekurang-kurangnya 6 - 8 gelas air sehari. Minumlah air sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Senaman
Jika dilihat dari bentuk badan manusia, kita sebenarnya telah dicipta untuk membuat pergerakkan yang cukup fleksibel. Telah dibuktikan juga bahawa kemerosotan sistem badan boleh berlaku jika tiada pergerakkan yang dilakukan oleh badan manusia. Luangkan masa sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu dan selama 10 minit untuk bersenam. Ia sudah memadai untuk mengurangkan risiko serangan jantung.

Rehat
Terdapat fakta yang mengatakan serangan penyakit jantung berlaku antara waktu kemuncak iaitu 9pm hingga 12pm. Dikatakan waktu ini adalah waktu kemuncak selepas melalui hari yang memberi tekanan dan penggunaan tembakau dan kopi yang banyak. Kita memerlukan masa rehat yang cukup untuk memberikan ruang kepada neuron-neuron membersihkan sisa metabolik yang terkumpul sepanjang hari. Masa rehat yang baik adalah waktu tidur iaitu sekurang-kurangnya 7 jam sehari.

Popular Posts